Khamis, 17 Mac 2016

LARISKAN NOVEL My Lovely Tengku 2


RM 21.00 RM17.85
ISBN: 978-967-446-248-2
~400 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 1 Mac 2016


SINOPSIS:

Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada.
Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak suka dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina.

Tengku Cempaka pula diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram.

Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?

“Lelaki boleh berkahwin sampai empat, Zara. Abang mampu untuk berkahwin. Jadi tak salah kalau abang berkahwin lagi.” ~ Tengku Akif

“Abang kahwinlah dengan Fiona tu sebab bonda nak sangat abang kahwin dengan dia. Zara anak haram, darah Zara kotor, Zara tak layak untuk abang.” ~ Zara Irdina.

“Perempuan tak reti malu! Kau dah lupa, kau sebenarnya anak luar nikah aje.” ~ Tengku Mawar

Tiada ulasan: