Isnin, 16 Mei 2016

LARISKAN NOVEL JODOH SEBUMBUNG


RM29.00 RM20.30
ITEM DETAILS
SKU978-967-446-259-8
Weight0 grams
StockStock available
Manufacturer: BUKU PRIMA


Sinopsis:

KEMATIAN ibu dan ayah angkatnya memaksa Amsyar memikul tanggungjawab yang berat. 
Dia terpaksa membesarkan Elisha, anak yatim piatu. Sepanjang membesarkan Elisha, 
Amsyar merahsiakan bahawa mereka berdua sebenarnya bukan adik-beradik kandung. 
Amsyar bimbang, Elisha tidak mahu tinggal bersamanya lagi. Kerana Amsyar begitu 
menyayangi Elisha dan tidak sanggup untuk berpisah dengan Elisha.

Umar, iaitu sahabat Amsyar sering menasihati Amsyar agar menghalalkan hubungan mereka 
dengan perkahwinan. Sukar untuk Amsyar menerima Elisha sebagai isteri kerana memikirkan 
dendam ayahnya, Syed Mansor terhadap Elisha dan arwah ibu dan ayah angkatnya. Atas 
arahan Syed Mansor, Amsyar mula bersikap kasar dan menjadi kaki pukul. Dia sering 
menyakiti tubuh Elisha. Amsyar diugut, jika dia tidak membuatkan hidup Elisha merana, maka 
Syed Mansor sendiri yang akan menamatkan nyawa Elisha. Namun, dalam diam, Amsyar 
menyimpan perasaan cinta terhadap Elisha.

Adakah Elisha akan menjadi mangsa korban angkara dendam lama? Dapatkah Amsyar 
memiliki sekeping hati milik Elisha? Masih adakah kebahagiaan untuk Elisha?

Dah banyak kali aku pesan pada kau, kalau aku ada, kau kena pakai tudung, pakai baju 
besar! Faham?”-  Amsyar

“Sampai akhirat sekalipun, kau dan dia bukan adik-beradik kandung. Haram kau tinggal 
berdua-duaan dengan dia dalam satu rumah.” -  Umar

“Abang Am pukul Elis sebab Elis minta untuk keluar dari rumah ni. Ni bukan kali pertama 
Abang Am pukul Elis.”  - Elisha

Tiada ulasan: